Sweet Followers

Wednesday 19 February 2014

Lesen Kereta "Auto" Mulai April Ini


Secara ringkasnya buat yang tak ada lesen memandu tu lagi, mulai April ini korang boleh ambil lesen memandu gear auto. Memang lagi senang la berbanding ambil lesen gear manual. Dapat pula kancil buruk macam kongkang kat tempat ambil lesen tu, bukan main susah lagi nak masuk gear. Hahaha.

Tapi yang tak bestnya, siapa ambil lesen gear auto, dia boleh bawa kereta gear auto je lepas tu. Tak boleh bawa kereta manual. Jadi siapa yang plan sampai mati dia nak bawa kereta gear auto je, ambil lah lesen gear auto ni. Kalau tak, ambil yang manual macam biasa ya.

Apapun tahniah JPJ sebab mempermudahkan lagi rakyat Malaysia mengambil lesen juga untuk lulus ujian terutamanya buat kaum wanita. - Oh! Media


Berita penuh:

Selepas tertangguh hampir tiga tahun yang lalu, semalam Harian Metro melaporkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan ujian memandu kereta automatik dijangka bakal diimplementasikan bermula April ini. Ia selaras dengan pelaksanaan pengenalan silibus baharu memandu yang turut akan dilaksanakan dalam tempoh yang sama.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan ini sudah tertangguh sejak setahun yang lalu disebabkan masalah MySikap.

Melalui pengenalan ujian memandu dengan kereta automatik ini membolehkan orang ramai membuat pilihan, selain daripada transmisi manual. Ia juga sebagai langkah memudahkan lebih ramai rakyat negara memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.

Ia turut memberikan penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin berbanding kurikulum sebelum ini yang lebih kepada kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang di jalan raya.

Walau bagaimanapun, mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan.

Sepatutnya ujian memandu menggunakan kereta automatik ini dilaksanakan pada Mei 2012 yang lalu. Namun pada awal Jun tahun yang sama, ia terpaksa ditangguhkan. Menurut Kementerian Pengangkutan (ketika mengumumkan penangguhan tersebut), ia disebabkan kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan untuk mencetak buku dan peralatan bagi institut memandu selaras dengan pengenalan kurikulum baru pendidikan pemandu.


Via infokereta.com
post signature

7 comments:

  1. Lepas zara pass ujian driving until now.. dah sethun jadik pmndu yg masing mmgang lesen P..zara xpena bawa kereta auto. Seriously bkn xnk cuba..tp xda pluang nk try auto. Kat ruma, smua keta adik brdik manual. Pat keja pon sma, apatah lg msa amik ujian mmndu..mana da autoo. ^^

    ReplyDelete
  2. 0192590432 ana nk amik lesen auto pls

    ReplyDelete