Sweet Followers

Wednesday 19 February 2014

Ainan Tasneem kemalangan, kereta masuk longkang

SHAH ALAM - Penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem dilaporkan terlibat dengan kemalangan jalan raya di Kangar, Perlis malam tadi.

Menurut Ainan melalui laman Instagram, kereta yang dinaikinya dan empat orang rakan lagi hilang kawalan disebabkan keadaan jalan yang licin dan bengkang-bengkok serta tiada lampu jalan.

Bagaimanapun, Ainan bersyukur kerana semua penumpang dan pemandu hanya mengalami kecederaan ringan walaupun kereta rosak teruk.

 Aina Tasneem kemalangan, kereta masuk longkang

"Kemalangan berlaku dalam perjalanan ke Sungai Chuchuh ke Wang Ulu melalui jalan Sungai Batu Pahat. Jalan sangatlah licin.

"Kawan baik saya yang memandu kereta mengalami sedkit trauma," maklumnya menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Ainan turut meminta pihak media supaya memberikannya sedikit masa sebelum sebelum diajukan berhubung insiden itu.

"Terima kasih di atas keprihatinan anda semua.. jujur saya sangat terharu dan menghargai. Cuma berikan sedikit masa kepada saya untuk berehat...," tulisnya.

Sumber, Sinar Harian.

post signature

4 comments:

  1. Kalo zara pon trauma if eksiden even mcm ni pon.. lg2 pmndu bru kat jraya..alahai.. hope d jauhkn dr pkara mcm ni.. amin. Hope jg ainan dan kwan2 dia yg tlibat dah ok dan sehat

    ReplyDelete