Sweet Followers

Thursday 8 November 2012

FAKTA MENARIK : AGENSI PEKERJAAN

Salam. Hanya nak kongsi bersama. Pada masa sekarang banyak agensi pekerjaan yang menyediakan khidmat mencari pekerjaan kepada mereka yang mendaftarkan diri mereka dengan agensi-agensi tersebut. Ini sedikit sebanyak akan memudahkan kepada para graduate atau mereka yang sedang mencari kerja kerana agensi ini akan menyesuaikan kelayakan kita dengan jawatan yang sesuai.



Ada beberapa kelebihan sekiranya kita menggunakan khidmat agensi pekerjaan, antaranya ialah:

1- Akibat persaingan agensi pekerjaan ini, mereka akan cuba memberi khidmat yang terbaik kepada anda dalam mencari jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda, ini secara tak langsung akan memberi kemudahan kepada anda.

2- Agensi pekerjaan akan bertindak sebagai orang tengah antara majikan yang mencari pekerja dan bakal pekerja yang sedang mencari pekerjaan. Ada sesetengahagensi pekerjaan yang agak terkenal dan dipercayai oleh syarikat-syarikat dalam menyediakan pekerja.

3- Bakal pekerja mungkin akan diberi pilihan jawatan yang diidamkan mengikut kelayakan, ini kerana agensi ini akan menyesuaikan kelayakan kita dan sekiranya anda memperolehi pekerjaan itu adalah amat penting buat mereka.

Namun begitu agensi pekerjaan juga mempunyai keburukan dan risiko kepada bakal pekerja antaranya:
1- Ada sesetengah agensi pekerjaan menipu, mungkin mereka bukanlah agensi pekerjaan yang sah tapi berselindung di sebalik nama agensi pekerjaan.

2- Agensi yang tidak sah biasanya mengenakan cas yang mahal kepada pencari kerjayang mendaftar dengan mereka, ini akan merugikan anda, hati-hati.

3- Kebanyakan agensi mencari kerja menumpukan kepada peluang di sektor swasta, peluang anda untuk mendapat jawatan sektor awam adalah agak kurang, mahu atau tidak anda masih perlu mengisi peluang jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh sektor awam.

#copypaste

p/s : Berhati-hatilah dengan mana-mana agensi pekerjaan okey. Sebab, sesetengah dari mereka mengenakan charges dimana potongan secara automatik kepada gaji kita.

No comments:

Post a Comment