Sweet Followers

Saturday 17 September 2011

KES NOURUL AWATIF = BUNUH DAN BAKAR


Bunuh dan Bakar : Pelajar IPT di Perak ditahan

SHAH ALAM 13 Sept. - Polis menahan seorang pelajar lelaki Institut Pengajian Tinggi di Perak semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat remaja seorang wanita yang tubuhnya 80 peratus terbakar di Lembah Jaya Ampang pada 5 Sept lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata pelajar berusia 19 tahun itu menuntut di tahun dua program Sarjana Muda Juru Ukur Bahan di Seri Iskandar.

"Kita turut merampas telefon bimbit mangsa dan sebuah kereta Perodua Kancil milik keluarga pelajar lelaki itu yang di dalamnya terdapat helaian rambut yang belum dikenal pasti", katanya pada sidang berita di sini.

Tun Hisan berkata, polis juga mengenal pasti dua stesen minyak di Ampang di mana petrol yang dikatakan dibeli untuk membakar mayat remaja itu.

Pelajar lelaki itu ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam di luar kampusnya direman tujuh hari.

Tun Hisan berkata, hasil siasatan awal polis mendapati pelajar lelaki itu yang berasal dari Taman Ukay Perdana, Hulu Kelang, mengenali mangsa yang menetap di Selayang.

Norul Awatif Mohd Shakir, 19, penuntut Maahad Tahfiz At-Tijarah, Selayang, ditemui mati pada 5 September selepas keluar dari rumahnya untuk bertemu rakannya pada 4 September.

Mayat mangsa dicam oleh bapanya berdasarkan kepada maklumat mengenai rantai tangan dan subang emas serta cebisan baju kurung yang dipakai mangsa. - BERNAMA -

2 comments:

  1. isy aq x sngke dak tu dak u kte..
    sblh blok kteowg plak tuu ddoknye..
    kjm sngguh..
    x berperikemanusiaan.. tpi bkn dy kne tngkp ptg ke, pas kte abez klaz 200 kul 4 lbih ary isnn..

    ReplyDelete
  2. tu lah leen.. tak sangka jugak budak U kite..
    nak buat macam mana kan, kalau manusia dah tak ada iman jadi macam tu la..

    ReplyDelete