Stay tuned for more details update ya! :)
Sunday, 31 December 2017
Sunday, 31 January 2016
Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih
Giveway January Cash RM500 by Emas Putih| Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016. Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :1. PANTAS BERTINDAKFormulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.2. SENANG & MUDAHHanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIFTidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.4. PENGIKTIRAFANDiluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATIHampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !!Harga : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)
Saturday, 14 February 2015
Assalamualaikum semua
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk update short entri kali ini. Alhamdulillah merasa jugak dapat 4 flat walaupun untuk semester yang terakhir. Alhamdulillah syukur. Lepas ni boleh update entri untuk konvokesyen pulak. Weeeeeehuuu.
Tak lupa jugak terima kasih aku ucapkan kepada seluruh pensyarah, teman, kengkawan yang dah banyak membantu diri ini sehingga sampai ke tahap ni. Alhamdulillah :)
And now, I AM UNOFFICIALLY GRADUATED :')
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk update short entri kali ini. Alhamdulillah merasa jugak dapat 4 flat walaupun untuk semester yang terakhir. Alhamdulillah syukur. Lepas ni boleh update entri untuk konvokesyen pulak. Weeeeeehuuu.
Tak lupa jugak terima kasih aku ucapkan kepada seluruh pensyarah, teman, kengkawan yang dah banyak membantu diri ini sehingga sampai ke tahap ni. Alhamdulillah :)
And now, I AM UNOFFICIALLY GRADUATED :')
p/s: Moh laaa kita mencari kerjaaaa ~ Hihihi
Sunday, 8 February 2015
Pengalaman Mendaki Broga Hills
Assalamualaikum semua :)
Fuhhh berhabuk lamanya dah blog aku ni. Al maklum la busy sangat dengan praktikal, report, thesis bla bla bla. Hahahaha *alasan jer
Okay la, aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku mendaki Broga Hills kat Semenyih ni yang sempat aku daki bulan lepas. Alhamdulillah tercapai jugak impian aku nak mendaki gunung walaupun broga je ni. Hihihi
Macam biasa lah dengar cakap orang, nak tengok view lawa dari atas bukit, pergi awal pagi sebab boleh tengok matahari terbit. Aku and the geng pun gerak la dalam pukul 4 pagi cam tu sebab kak nani yang dari klang kena jemput aku dan yangg lain-lain. Seterusnya sampai sana ada la dalam 6 pagi. Sampai jer solat subuh dulu kat surau yang dorang sediakan lepas parking tu. And untuk parking tu, dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 untuk sekali masuk. Untung apek tu sebab ramai betul orang yang datang hari-hari padahal parking kat kawasan kelapa sawit je. Hehehe
Okay la bermula pendakian kami pukul 6.30 pagi cam tu. Alhamdulillah tak hujan and track tak la licin pun. At first takut juga sebab banyak orang cerita macam-macam pasal broga ni. Tapi kitorang kuatkan semangat untuk sampai ke atas jugak. Aku sangat-sangat berterima kasih kat geng aku sebab sanggup tunggu aku yang asyik pancit je *malu* maklum lah muatan berat and dah lama tak exercise. Hehehe
So, sampai je kat atas ada la dalam pukul 7.15 pagi. Fuhhhh finally, sampai jugak. Subhanallah, itu yang mampu aku ucapkan bila dapat tengok pemandagan yang sangat cantik dan indah ciptaan-Nya. Okayy jom tengok gambar yang sempat aku amek :)
View dari atas bukit :)
Ni la geng aku. hehe
Spec asyik kelabu je -,-
View matahari terbit, cantik kan?
Awan yang menutupi matahari
we olls da sampai, anda bila lagi? hihi
Haa tengok tu, nak turun semua laju je :p
Okay lah sesape yang nak try naik tu, cubalah sebab ni memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Jangan risau faktor umur ke, faktor berat badan ke sebab bermacam-macam orang dah yang pernah sampai sana okay. Semangat itu penting. Hehehe. Apa-apa pun doakan kami untuk proceed next plan pulak bulan depan. Harap-harap jadi la. Hehehe bye bye :)
Saturday, 25 October 2014
(TERBARU) Fashion Projects, Mai Tengok !
Assalamualaikum semua. . .
Fashion Projects ~ touch your style (Pemakaian tudung mengikut syariat, InShaAllah)
Actually, ini adalah bisnes kawan aku yang baru nk menceburkan diri dalam bisnes secara kecil-kecilan. So, do support her okay ! Kalau berminat dengan shawl di bawah, boleh lah menghubungi nombor yang telah di nyatakan di bawah ye.
Thank youu :)
SHAWL 2 WARNA
Memperkenalkan shawl 2 warna boleh dipakai kedua dua warna.. Amat selesa dan mudah dibentuk
Flower broach ATAU jarum channel akan diberi secara percuma
Rm30.00 (termasuk pos)
Wasap:0195268483
Fb: Farahhana Aida
Wechat:farahakim99
Instagram:farahhana_aida
Fb: Farahhana Aida
Wechat:farahakim99
Instagram:farahhana_aida


SHAWL HALFMOON
Shawl halfmoon Amat selesa, tidak jarang dan mudah dibentuk labuh seperti yg ditunjukkan dan mengikut cara pemakaian..
Flower broach ATAU jarum channel akan diberi secara percuma
Rm25.00 (termasuk pos)
Wasap:0195268483
Fb: Farahhana Aida
Wechat:farahakim99
Instagram:farahhana_aida




Monday, 29 September 2014
Ujian Mungkin?
Waktu susah la kita kenal siapa kawan, siapa lawan
Waktu susah juga la yang akan mematangkan pemikiran kita
Macam mana nak hadapi sesuatu masalah tu semua terletak pd diri sendiri
Tak ada siapa yang boleh tlg selain diri sendiri
Semua terletak pada bahu sendiri
Ulangi, SENDIRI
Bukan apa, kecewa tak terkata sebenarnya
Tak sangka terkena juga akhirnya
Selalu tengok orang lain yang merasa
Harap belajarlah dari kesilapan yang ada
Jadi,
Mohon yang baik-baik saja
InShaaAllah semua ini jadi berkerana
Dia amat menyayangi hamba-Nya
Anggap saja ujian dari-Nya
Thursday, 4 September 2014
Lirik Lagu Maafkan Aku - Asfan (OST Rindu Awak 200%)
Assalamualaikum :)
Sambil minum petang, jom layan dan fahami lirik lagu ni . Deeply .
Lama sudah ku mencari bayang-bayangmu
Yang hilang bertahun-tahun yang makin reput
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Ku lupakan cerita lama dan terus kembali
Maafkanlah aku
Bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa
Siapakah diri ini
Bila tiada lagi
Kusedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami
Cinta ini memerlukan kau dan aku
Tidak terdaya untukku menanggung rindu
Dan tidak terdaya aku melepaskanmu
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Kulupakan semua dan kembalilah
Maafkanlah aku
Bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa
Siapakah diri ini
Bila tiada lagi
Kusedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami
Cinta ini memerlukan kau dan aku
Wednesday, 3 September 2014
Hadiah dari Blogger Shida dah sampai
Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, hadiah dari blogger shida dah sampai. Actually ni GA semperna anniversary blog beliau.
Terima kasih, bertambah lagi koleksi :)
Tuesday, 26 August 2014
Floating Umbrella in Empire Damansara
Assalamualaikum
Minggu lepas, aku dengan Ifa dan Cip merancang nak tgk wayang dekat the curve. Al maklumlah dah lama tak hangout bersama. Then, last minit punya plan, tetiba cip ni mengajak pergi tempat payung-payung tu. Dan-dan la aku google tempat tu. Nasib baik jumpa!
Floating Umbrella ni terletak dekat Empire Damansara, Damansara Perdana. Betul-betul sebelah Bangunan Mustapa Kamal. Dan View dia sangat cantik kalau korang nak buat photoshoot ke pre-weeding ke kat sini. Hehehe.
Lets check it out ~
Apsal muka serious sangat entah! Haha
Cantikk takk? Hehehe Kalau pergi sana tengok lagi cantik-cantik tau. Hihihi.
Bye ~
Monday, 18 August 2014
Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.Syarat-syaratnya :Senang dan mudah bukan?
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Saturday, 16 August 2014
Menang Mini GA : Let's Celebrate! 4th Anniversary www.duniashida.com
Assalamualaikum semua :)
Yeayyy, alhamdulillah rezeki join simple mini giveaway by www.duniashida.com :)
Jadi sesiapa yang dah join tu, meh check kat SINI okay !
Terima kasih ye :)
Friday, 15 August 2014
Pelan Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) BM232
Assalamualaikum semua :)
Okay disebabkan banyak bakal student yang tanya aku berkaitan kos ni, kat sini aku ade lampirkan pelan pengajian atau "course description" tentang kos ni okay.
Yang kat bawah ni aku ambil dari laman web uitm.edu.my ye
• Administrative Office Management
• Administrative Office Procedures
• Office Project Management
• Office Business Process
• Office Practicum
• Issues in Administrative Management
• Management of Administration Records
• Research Methods
Computer and Information Technology
• Office automation
• Software Applications
• The Internet and Web Design
• Management of Computer Networks
• Administrative Database System
• Telecommunications Technologies
• Office Systems Analysis and Design
Business Management and Communication
• Fundamentals of Business
• Financial Accounting Economics
• Communication of Admin. Professionals
Language
• English
• Third Language
Minor/Elective
• Human Resource Management
Dan gambar di bawah ni pulak aku dapat masa mula-mula masuk dulu :)
Tapi kan, bermula intake semester lepas, banyak kursus yang dah ditukar oleh pihak fakulti. So, yang salinan baru punya aku takde. Harap-harap dapatlah membantu korang sedikit sebanyak ye yang bertanyakan tentang kos ni tu. Hehe
Bye! :)
Thursday, 14 August 2014
Alhamdulillah, Part 5 Result's in Bachelor
Assalamualaikum semua :)
Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk meng "update" entri pada hari ni. Haa seperti yg semua sedia maklum, hari ni 14 Ogos 2014 adalah hari keputusan peperiksaan akhir bg pelajar degree uitm. Dan di sebabkan itulah aku tak boleh tidur semalaman! Risau tak habis selagi tak dapat tahu keputusannya. Kalau korang nak tahu, setiap sem tau aku macam ni. Hahaha :p
Email, tak payah cakap la berapa kali aku refresh. Lastly, aku guna student email. Lagi cepat okay. Kalau nak tunggu private email, alamatnya pukul 10 pagi la aku baru dapat tengok result aku.
Lepas tengok je, alhamdulillah dan syukur sangat-sangat sebab takde repeat. Alhamdulillah, boleh internsip dengan tenang untuk semester depan. Walaupun result aku agak menurun sikit tapi aku tetap bersyukur sebab masih di dalam target. Sikit je lagi perjalanan hidup aku sebagai student hampir sampai ke puncak, In Shaa Allah. Sebabnya, praktikal la semester terakhir aku. Wehuuu ~
Taraaa, this is my result, all pass :)
Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada family aku yang selalu support aku, para pensyarah yang terlalu banyak tolonng aku dan sahabat-sahabat aku yang banyak menghabiskan masa bersama aku. Hanya tuhan saja yang dapat membalas jasa kalian :)
Part yang paling penting bagi aku ialah lepas ni no more quizzes, tests, assignments yang bertimbun mengalahkan bukit tu and final exam. Yeayyyy! Hihihihi. Cuma keep focus on research and presentation onwards.
All the best ! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)






















