Sweet Followers

Thursday, 14 August 2014

Alhamdulillah, Part 5 Result's in Bachelor

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk meng "update" entri pada hari ni. Haa seperti yg semua sedia maklum, hari ni 14 Ogos 2014 adalah hari keputusan peperiksaan akhir bg pelajar degree uitm. Dan di sebabkan itulah aku tak boleh tidur semalaman! Risau tak habis selagi tak dapat tahu keputusannya. Kalau korang nak tahu, setiap sem tau aku macam ni. Hahaha :p

Email, tak payah cakap la berapa kali aku refresh. Lastly, aku guna student email. Lagi cepat okay. Kalau nak tunggu private email, alamatnya pukul 10 pagi la aku baru dapat tengok result aku. 

Lepas tengok je, alhamdulillah dan syukur sangat-sangat sebab takde repeat. Alhamdulillah, boleh internsip dengan tenang untuk semester depan. Walaupun result aku agak menurun sikit tapi aku tetap bersyukur sebab masih di dalam target. Sikit je lagi perjalanan hidup aku sebagai student hampir sampai ke puncak, In Shaa Allah. Sebabnya, praktikal la semester terakhir aku. Wehuuu ~


Taraaa, this is my result, all pass :)


Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada family aku yang selalu support aku, para pensyarah yang terlalu banyak tolonng aku dan sahabat-sahabat aku yang banyak menghabiskan masa bersama aku. Hanya tuhan saja yang dapat membalas jasa kalian :)

Part yang paling penting bagi aku ialah lepas ni no more quizzes, tests, assignments yang bertimbun mengalahkan bukit tu and final exam. Yeayyyy! Hihihihi. Cuma keep focus on research and presentation onwards.

All the best ! :)

post signature

7 comments: