Sweet Followers

Saturday 25 October 2014

(TERBARU) Fashion Projects, Mai Tengok !

Assalamualaikum semua. . .

Fashion Projects ~ touch your style (Pemakaian tudung mengikut syariat, InShaAllah)

Actually, ini adalah bisnes kawan aku yang baru nk menceburkan diri dalam bisnes secara kecil-kecilan. So, do support her okay ! Kalau berminat dengan shawl di bawah, boleh lah menghubungi nombor yang telah di nyatakan di bawah ye.

Thank youu :)

SHAWL 2 WARNA

Memperkenalkan shawl 2 warna boleh dipakai kedua dua warna.. Amat selesa dan mudah dibentuk  

Flower broach ATAU jarum channel akan diberi secara percuma

Rm30.00 (termasuk pos)
Wasap:0195268483
Fb: Farahhana Aida
Wechat:farahakim99
Instagram:farahhana_aida



SHAWL HALFMOON

Shawl halfmoon Amat selesa, tidak jarang dan mudah dibentuk labuh seperti yg ditunjukkan dan mengikut cara pemakaian..

Flower broach ATAU jarum channel akan diberi secara percuma

Rm25.00 (termasuk pos)
Wasap:0195268483
Fb: Farahhana Aida
Wechat:farahakim99
Instagram:farahhana_aida



post signature

First Giveaway by Zaki! Namaku

Assalamualakim, lets join :)

Klik banner di bawah okay :)


post signature

Monday 29 September 2014

Ujian Mungkin?

Waktu susah la kita kenal siapa kawan, siapa lawan

Waktu susah juga la yang akan mematangkan pemikiran kita

Macam mana nak hadapi sesuatu masalah tu semua terletak pd diri sendiri

Tak ada siapa yang boleh tlg selain diri sendiri

Semua terletak pada bahu sendiri

Ulangi, SENDIRI

Bukan apa, kecewa tak terkata sebenarnya

Tak sangka terkena juga akhirnya

Selalu tengok orang lain yang merasa

Harap belajarlah dari kesilapan yang ada

Jadi,

Mohon yang baik-baik saja

InShaaAllah semua ini jadi berkerana

Dia amat menyayangi hamba-Nya

Anggap saja ujian dari-Nya



post signature

Thursday 4 September 2014

Lirik Lagu Maafkan Aku - Asfan (OST Rindu Awak 200%)

Assalamualaikum :)

Sambil minum petang, jom layan dan fahami lirik lagu ni . Deeply .

Lama sudah ku mencari bayang-bayangmu
Yang hilang bertahun-tahun yang makin reput
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Ku lupakan cerita lama dan terus kembali

Maafkanlah aku
Bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa
Siapakah diri ini
Bila tiada lagi
Kusedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami
Cinta ini memerlukan kau dan aku

Tidak terdaya untukku menanggung rindu
Dan tidak terdaya aku melepaskanmu
Bila tersedar di atas kesilapan diriku 
Kulupakan semua dan kembalilah 

Maafkanlah aku 
Bila aku melukai hatimu 
Mungkin juga kita yang terlupa 
Siapakah diri ini
Bila tiada lagi 
Kusedari kisah ini terhenti 
Cubalah fahami 
Cinta ini memerlukan kau dan aku

post signature

Wednesday 3 September 2014

Hadiah dari Blogger Shida dah sampai

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, hadiah dari blogger shida dah sampai. Actually ni GA semperna anniversary blog beliau.

Terima kasih, bertambah lagi koleksi :)



post signature

Tuesday 26 August 2014

Floating Umbrella in Empire Damansara

Assalamualaikum

Minggu lepas, aku dengan Ifa dan Cip merancang nak tgk wayang dekat the curve. Al maklumlah dah lama tak hangout bersama. Then, last minit punya plan, tetiba cip ni mengajak pergi tempat payung-payung tu. Dan-dan la aku google tempat tu. Nasib baik jumpa!



Floating Umbrella ni terletak dekat Empire Damansara, Damansara Perdana. Betul-betul sebelah Bangunan Mustapa Kamal. Dan View dia sangat cantik kalau korang nak buat photoshoot ke pre-weeding ke kat sini. Hehehe.

Lets check it out ~












 Apsal muka serious sangat entah! Haha

Cantikk takk? Hehehe Kalau pergi sana tengok lagi cantik-cantik tau. Hihihi.

Bye ~

post signature

Monday 18 August 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


post signature

Saturday 16 August 2014

Menang Mini GA : Let's Celebrate! 4th Anniversary www.duniashida.com

Assalamualaikum semua :)

Yeayyy, alhamdulillah rezeki join simple mini giveaway by www.duniashida.com :)

Jadi sesiapa yang dah join tu, meh check kat SINI okay !

Terima kasih ye :)



post signature

Friday 15 August 2014

Pelan Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) BM232

Assalamualaikum semua :)

Okay disebabkan banyak bakal student yang tanya aku berkaitan kos ni, kat sini aku ade lampirkan pelan pengajian atau "course description" tentang kos ni okay.

Yang kat bawah ni aku ambil dari laman web uitm.edu.my ye

Administrative Management
• Administrative Office Management
• Administrative Office Procedures
• Office Project Management
• Office Business Process
• Office Practicum
• Issues in Administrative Management
• Management of Administration Records
• Research Methods

Computer and Information Technology
• Office automation
• Software Applications
• The Internet and Web Design
• Management of Computer Networks
• Administrative Database System
• Telecommunications Technologies
• Office Systems Analysis and Design

Business Management and Communication
• Fundamentals of Business
• Financial Accounting Economics
• Communication of Admin. Professionals

Language
• English
• Third Language

Minor/Elective
• Human Resource Management

Dan gambar di bawah ni pulak aku dapat masa mula-mula masuk dulu :)




Tapi kan, bermula intake semester lepas, banyak kursus yang dah ditukar oleh pihak fakulti. So, yang salinan baru punya aku takde. Harap-harap dapatlah membantu korang sedikit sebanyak ye yang bertanyakan tentang kos ni tu. Hehe

Bye! :)



post signature

Thursday 14 August 2014

Alhamdulillah, Part 5 Result's in Bachelor

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk meng "update" entri pada hari ni. Haa seperti yg semua sedia maklum, hari ni 14 Ogos 2014 adalah hari keputusan peperiksaan akhir bg pelajar degree uitm. Dan di sebabkan itulah aku tak boleh tidur semalaman! Risau tak habis selagi tak dapat tahu keputusannya. Kalau korang nak tahu, setiap sem tau aku macam ni. Hahaha :p

Email, tak payah cakap la berapa kali aku refresh. Lastly, aku guna student email. Lagi cepat okay. Kalau nak tunggu private email, alamatnya pukul 10 pagi la aku baru dapat tengok result aku. 

Lepas tengok je, alhamdulillah dan syukur sangat-sangat sebab takde repeat. Alhamdulillah, boleh internsip dengan tenang untuk semester depan. Walaupun result aku agak menurun sikit tapi aku tetap bersyukur sebab masih di dalam target. Sikit je lagi perjalanan hidup aku sebagai student hampir sampai ke puncak, In Shaa Allah. Sebabnya, praktikal la semester terakhir aku. Wehuuu ~


Taraaa, this is my result, all pass :)


Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada family aku yang selalu support aku, para pensyarah yang terlalu banyak tolonng aku dan sahabat-sahabat aku yang banyak menghabiskan masa bersama aku. Hanya tuhan saja yang dapat membalas jasa kalian :)

Part yang paling penting bagi aku ialah lepas ni no more quizzes, tests, assignments yang bertimbun mengalahkan bukit tu and final exam. Yeayyyy! Hihihihi. Cuma keep focus on research and presentation onwards.

All the best ! :)

post signature

Wednesday 13 August 2014

All Of Me - John Legend (Lyrics)

What would I do without your smart mouth?
Drawing me in and you kicking me out
You've got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
What's going on in that beautiful mind
I'm on your magical mystery ride
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright

My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, ohoh

How many times do I have to tell you
Even when you're crying you're beautiful too
The world is beating you down, I'm around through every mood
You're my downfall, you're my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can't stop singing, it's ringing, in my head for you

My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, ohoh

Give me all of you
Cards on the table, we're both showing hearts
Risking it all, though it's hard

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you

I give you all of me
And you give me all of you, ohoh

post signature

Wordless Wednesday

Brownies, a taste will make u :)


post signature

Tuesday 12 August 2014

Guardians Of The Galaxy

Assalamualaikum semua :)

Hari ahad yg lepas-lepas, aku berkesempatan pergi tengok cerita Guardians Of  The Galaxy ni.

Dan seriously, tak rugi weyhh kalau tengok cerita ni.

Its action comedy yg totally awesome ! Aku bagi 5.5/5 markah.

Hehehe

Photo: #guardiansofthegalaxy .... aku dan Sha Fieka dah tengok ...korang bila lagi ??? Hahahaha


post signature

Monday 11 August 2014

Hati

Duhai hati .
Terkadang tak mengerti .
Keinginan diri sendiri .
Untuk mengenali .
Untuk mengetahui .
Untuk peduli .
Hati si dia yang telah lama menyepi .

Duhai hati .
Percayalah takdir Ilahi .
Akan tiba suatu saat nanti .
Semua keinginanmu pasti di turuti .
Oleh yang Maha Mengetahui .

In Shaa Allah .



post signature

Wednesday 6 August 2014

PLEASE BOYCOTT, FREE PALESTIN

boycott Ethical Fashion Is Boycott the Answer?


post signature

Dapat Kad Raya dari Cik Akak

Terima kasih Cik Akak.

Maaf lambat update entry ni, sibuk beraya la katakan.

Hihihihi



post signature

Thursday 24 July 2014

Praktikal Ohh Praktikal

Assalamualaikum semua :)

Fuhh setelah lama tak update blog untuk diri sendiri rasanya. Mana tak nya asyik sibuk join GA sana sini plus nak buat persiapan raya lagi kan. Hihihi.

Hah, ada satu benda aku nak share ni iaitu praktikal a.k.a internship. Memandangkan aku student part 5 dan akan menjalani latihan industri untuk semester depan, InshaAllah, terlalu banyak benda nak dibuatnya.

Yela, bermula dengan call syarikat sana sini, prepare resume, cover letter dan macam-macam lagi. Hah, tu lah, time diploma dulu takde praktikal. Itu yang kekurangan pengalaman tu. Hahaha

Dan aku di duga pulak dengan pilihan sama ada syarikat swasta or kerajaan.

Macam ni kisahnya, actually aku nak sangat praktikal di syarikat swasta. Sebab utama aku, nak ambil banyak pengalaman. Bkn syarikat kerajaan takde kerja cuma kurang kerja sikit berbanding syarikat swasta. Mula-mula aku ingatkan takde peluang la nk dapat praktikal di swasta. Sebab syarikat yang aku nak tu tak bagi respon langsung. Kecewa dgn tu, aku pun pilih la syarikat kerajaan yang dah pun terima aku untuk menjalani latihan industri di syarikat mereka.

Setelah confirmation letter telah di buat, barulah syarikat swasta tersebut call aku, buat interview call and call for an appointment. Hah, pening kepala aku macam mana nak handle ni. Sebabnya, ura-ura cakap kalau dah buat confirmation letter, tak boleh tukar syarikat dah. *Frust

Aku pun try la call unit latihan praktikal kampus aku tanya dan merayuuu sangat. Then, nasib baik boleh selagi confirmation letter tu tak sampai ke tangan syarikat yg kita nak praktikal tu. Alhamdulillah! Korang doakan aku dapat praktikal di syarikat swasta tu ya. Aamiin.



Agaknya rezeki di bulan mulia ni. Alhamdulillah, syukur. 

post signature

YEAY! Dapat Kad Raya dari Mialiana.com dan Coratcoretpinkummi.blogspot.com

Alhamdulillah, kad raya dari sis mia dan sis pink ummi dah sampai serentak hari ni.

Dan dua2 kad ni cantik okay sbb dua2 PINK. hihihi

Terima kasih bebanyak ye :)



post signature

Wednesday 4 June 2014

Liebster Award by Karya Mahirah

Assalamualaikum


Aku dah lama tak me-update blog ni di sebabkan kekangan masa, kekeringan idea dan terlalu menyibukkan diri. Hahaha. Dan terima kasih aku ucapkan kepada Karya Mahirah kerana ''TAG'' aku untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama blogger. Cewahhh. Untuk pengetahuan korang, Liebster Award ini macam satu aktiviti bagi blogger untuk kenal-kenal dengan blogger yang lain dengan lebih rapat. Caranya, kita jawab soalan blogger-blogger yang tag kita then kita bagi soalan untuk blogger-blogger yang kita tag. Menarik kan di samping boleh jugak post entry baru. Hihihi. So, jom kita menjawab soalan-soalan dari blogger kita yg sweet ni :)

Soalan dari sis Mahirah dan jawapan dari aku

1. Siapa nama penuh korang?

Nama penuh aku Norshafikah Ahmad Fawazi dan banyak nama gelaran aku iaitu fika, ika, pika, kaka, sha dan afikah pun boleh. Hahaha

2. Apa yang korang tengah buat sebelum korang baca soalan ini? hahaha jujur ya.

Baring secara meniarap sambil menaip entry ni. Hahaha

3. Adakah korang student atau bekerja? Kalau student, belajar kat mana? Kalau dah kerja, bekerja kat mana?

Aku seorang student. Belajar kat UiTM Puncak Alam. Jemputlah datang ye :)

4. Kalau diberi peluang naik pangkat, pangkat apa yang korang idamkan dala satu organisasi?

Of course la pangkat yang paling tinggi sekali, CEO *berangan je lebih :)

5. Secara jujurnya, berapa kerap kali korang update blog ni?

Ikut musim juga. Kalo musim cuti semester tu boleh dikatakan setiap hari aku update blog ni. Tapi kalau tengah belajar ni, seminggu sekali ke dua kali kot. Hehehe

6. Apa tujuan korang berbloging sebenarnya?

Tujuan aku pada mula-mula tu sebenarnnye nak isi masa lapang dan share pasal diri aku, pengalaman aku dan seangkatan dengannya. Tapi sekarang, aku tgk blog aku ni dah macam blog GA semata-mata. HAHA -,-''

7. Siapa yang menjadi idola korang untuk dijadikan sumber inspirasi?

Kalau idola aku dalam dunia blogging ni, aku suka baca entri fynn jamal dan ben ashaari. Sebab utama aku sukaa giler baca ayat puitis fyn jamal tu. Abg ben pulak entri dia simple tp bermanfaat. Dan kedua-duanya sangat ikhlas bila tulis entri tu dan tak fake bg pendapat aku la. Hehehe

8. Berapa buah novel yang dah jadi koleksi korang? Tajuk novel dan terbitan mana yang korang suka?

Tak banyak pun sbb dah lama aku tak baca novel-novel tu. Biasa baca novel online je. Hehehe

9. Blogger yang korang pernah kenal dan jumpa kat luar? Dia tu macam mana orangnya?

So far, tak pernah pun jumpa mana-mana blogger kat luar. Sobsobsob

10. Ceritakan style atau cara korang hargai kedua ibu dan ayah korang.

Belanja makan salah satunya, yang lain-lain rahsiaaa. Hehehe

So, Blogger yang bertuah di TAG oleh aku ialah:

1. http://budakkoko.blogspot.com/
2. http://aniesaahmad.blogspot.com/
3. http://fashionableshuha.blogspot.com/
4. http://mr-mrshafiezy.blogspot.com/
5. http://www.zukidin.com/
6. http://lorong-cinta.blogspot.com/
7. http://dindamaisarra.blogspot.com/
8. http://sallysamsaiman.blogspot.com/
9. http://ctamanaqim.blogspot.com/
10. http://smilingsafieqa.blogspot.com/

Soalan untuk korang jawab ialah:

1. Siapa rakan blogger korang yang paling sporting?

2. Apakah pengalaman paling pelik yang pernah korang lalui?

3. Entri paling best dalam blog korang pasal apa dan entri apa?

4. Korang paling suka stalk blog siapa? Hihihi

5. Kat mana tempat paling jauh yang pernah korang pergi?

6. Maklamat hidup korang dah tercapai ke belum? Apa matlamat korang tu? Hehehe

7. Kalau korang di berikan peluang untuk bertukar menjadi haiwan, haiwan apa yang korang nak jadi dan kenapa? *soalan yg tak relevan. Hehehe

8. Apa kereta idaman korang?

9. Apa pendapat korang tentang kawan yang talam dua muka?

10. Apa yang korang rasa korang nak sumbangkan untuk masa hadapan?

p/s: Harap sesagat korang sporting nak jawab soalan-soalan iolls ni ye. Hehehe. Kalau dah jawab, paste url korang di sini ye. Thanks :)



post signature