Assalamualaikum :)
Setelah majlis berlansung selama dua minggu, barulah aku ada masa nak update entri tentang Engagement Day salah seorang kawan baik aku masa kat sekolah menengah.
So, nak di jadikan cerita, kawan aku sorang ni minta la pendapat aku macam mana nak buat pelamin simple-simple je sebab hanya orang terdekat je yg attend e-day dia ni. Then, aku bagitahu la pendapat aku. Dan secara tak langsung, dia minta tolong aku untuk buat mengikut pendapat aku tu. Dan dengan berbesar hati pon, aku tolong la..Cehh ayat! hehehe :P
Seriously, aku memang takde pengalaman langsung nak buat pelamin ke hantaran ke, tak ada sama sekali okay. Ni kira macam weeding planner terjun la ni. Hehehe, tapi kan bila aku dah buat, memang betul wa cakap lu pengalaman yang sangat best. Yela, pertama-tamanya mesti la sebab kita nak raikan majlis kawan kita sendiri dan di samping itu jugak dapat kenal-kenal dengan family dia dan juga jiran tetangga dia. Haa, da macam orang tua-tua dah aku ni kan. Hiks :)
Jom, aku nak share sikit hasil air tangan aku sendiri. Tapi serious aku cakap aku memang seorang yang tak kreatif dan takde bakat dalam apa-apa seni okay. Masa sekolah dulu pon, subjek seni asyik dapat C je. Hahaha, nasib baik tu sekolah rendah je. Kalau sekolah menengah aku memang tak layak pon la nak ambil subjek tu. Maklum la tangan keras nak melukis ke apa-apalah yang melibatkan seni ni. Hehehe.
Dan terhasillah air tangan student office ni. Jom tengok :)
PREPARATIONS
Origami yang telah berjaya di lipat. hee |
Sesi pemasangan kain / langsir *kenapa aku nampak kemetot :P |
Boleh jadi suri rumahtangga da menjahit-jahit ni :P |
THE RESULT ARE :
Tadaaaa |
Dan inilah kawan saya tu :) |
Congrats sayang :* |
*Ambil berkat :p |
bff until jannah *insyaAllah |
Happy for you :) |
Haaa, ni la geng bas sekolah..hehehe |
US :) |
So, bahan-bahan yang terlibat untuk menghasilkan pelamin DIY ni adalah:
v Kain putih (Jersey/Cotton)
v Kertas berwarna warni
v Gam tembak/Uhu/Double tape
v Gunting
v Jarum peniti
v Bantal kecil/bunga sebagai hiasan
P/s : Mungkin hasilnya tidak secantik mana, asalkan aku gembira membuat sesuatu kepada kawan aku sempena hari bahagia dia :)
*Tolong doakan semoga jodoh dia hingga ke jinjang pelamin dan sampai ke jannah..Aaminn :)
Ade bakat nie ^^ cantik :)
ReplyDeleteHehehe, thanks :)
Deletecantik! suka part origami tu..susunan dia pun nice..suke2..hehe..=)
ReplyDeleteThanks :) hihi
Delete