Salam pembaca semua...
Entri kali ini, aku nak sambung untuk entri yang lepas iaitu
KEMANISAN SOLAT DHUHA PART 1. Aku ingin berkongsi dengan korang semua, sedikit
sebanyak la al-kisah aku berkaitan tajuk di atas. Hihihihihi JJJ
Tujuan aku sebenarnya bukan menunjuk-nunjuk tetapi ingin
sekali mengajak korang semua supaya kita sama-sama melakukan salah satu solat
sunat yang selalu di amalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu Solat Dhuha J
Bagi aku, terlalu banyak kebaikan dan kelebihan solat sunat
ni. Selain kita mengingati-Nya, kita juga boleh meminta dan memohon kepada-Nya
untuk permudahkan kehidupan kita malah untuk rezeki juga J
Sejak aku melakukan Solat Sunat Dhuha ni, Alhamdulillah
rezeki aku mudah. Bermula dari aku ditawarkan belajar, menjadi student dan
sehinggalah sekarang, aku diberikan pekerjaan yang sesuai dan kena dengan skop
yang aku belajar dulu iaitu OFFICE MANAGEMENT AND TECHNOLOGY J
I really-really
appreciate and love it.
Ketika aku belajar dulu, Alhamdulillah result exam for every
semester meningkat kecuali semester 3 yang agak tergelincir sikit result aku.
Ape-ape pon aku tetap bersyukur sebab bagi aku, mungkin rezeki aku setakat tu
je J
Baru-baru ni pulak, aku dapat 2 offer kerja yang bagi aku
memang dalam bidang skop kerja yang aku nak. Syukur. Kedua-duanya pulak memang
tak jauh dari rumah aku. Pendek citer, memang tak de masalah la kalau nak pergi
kerja. Jadi, aku pilih salah satu yang terbaik baik aku.
*Mestilah aku pilih
yang paling dekat antara dua-dua tu. Hihihi J
Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya hati aku saat ni bila dah 1 bulan lebih menjadi penganggur terhormat kat rumah. Hihihi J
Doaku untuk akan datang ialah semoga aku dapat bos yang baik
dan boleh bekerjasama dengan aku. Begitu juga dengan rakan sekerja yang lain.
AMINNNN J
Bagi aku la kan, Tuhan tu Maha Adil. Kita hanya manusia,
hanya merancang. Tapi yang menetukan hanyalah Dia. Tugas kita hanya memohon dan
meminta kepada-Nya. Insya-Allah, dia akan makbulkan. Jangan lupa juga yang kita
mestilah berusaha. Jangan pulak hanya berserah ye..
Jadi kawan-kawan, jom kita melakukan SOLAT SUNAT DHUHA J
p/s : Ingat janji Allah J
# Jangan lupa nantikan Entri seterusnya nanti ya di mana
pengalaman aku bekerja nanti J
No comments:
Post a Comment