Sweet Followers

Thursday 24 July 2014

Praktikal Ohh Praktikal

Assalamualaikum semua :)

Fuhh setelah lama tak update blog untuk diri sendiri rasanya. Mana tak nya asyik sibuk join GA sana sini plus nak buat persiapan raya lagi kan. Hihihi.

Hah, ada satu benda aku nak share ni iaitu praktikal a.k.a internship. Memandangkan aku student part 5 dan akan menjalani latihan industri untuk semester depan, InshaAllah, terlalu banyak benda nak dibuatnya.

Yela, bermula dengan call syarikat sana sini, prepare resume, cover letter dan macam-macam lagi. Hah, tu lah, time diploma dulu takde praktikal. Itu yang kekurangan pengalaman tu. Hahaha

Dan aku di duga pulak dengan pilihan sama ada syarikat swasta or kerajaan.

Macam ni kisahnya, actually aku nak sangat praktikal di syarikat swasta. Sebab utama aku, nak ambil banyak pengalaman. Bkn syarikat kerajaan takde kerja cuma kurang kerja sikit berbanding syarikat swasta. Mula-mula aku ingatkan takde peluang la nk dapat praktikal di swasta. Sebab syarikat yang aku nak tu tak bagi respon langsung. Kecewa dgn tu, aku pun pilih la syarikat kerajaan yang dah pun terima aku untuk menjalani latihan industri di syarikat mereka.

Setelah confirmation letter telah di buat, barulah syarikat swasta tersebut call aku, buat interview call and call for an appointment. Hah, pening kepala aku macam mana nak handle ni. Sebabnya, ura-ura cakap kalau dah buat confirmation letter, tak boleh tukar syarikat dah. *Frust

Aku pun try la call unit latihan praktikal kampus aku tanya dan merayuuu sangat. Then, nasib baik boleh selagi confirmation letter tu tak sampai ke tangan syarikat yg kita nak praktikal tu. Alhamdulillah! Korang doakan aku dapat praktikal di syarikat swasta tu ya. Aamiin.



Agaknya rezeki di bulan mulia ni. Alhamdulillah, syukur. 

post signature

No comments:

Post a Comment