Sweet Followers

Saturday 10 August 2013

Soal Jawab : Ibu Bapa Sakitkan Hati Anak

Firman Allah S.A.W. bermaksud:
"Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah S.A.W., dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut." (Surah al-Israk, ayat 23)



Redha Allah adalah terletak pada redha ibu bapa kita. Kalau ibu bapa kita marah atau kecil hati dengan kita, maka jawabnya susahlah hidup kita. Bukan hanya di dunia jer tak selamat (tiada keberkatan), malah lebih teruk nasib kita di akhirat nanti.

Aku rasa aku terpanggil untuk berkongsi situasi seperti di bawah ni untuk menjadi panduan pembaca entri aku kali ini.

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan haryz khairuddin :

“salam alaika ustaz.
saya mungkin hadapi masalah sama macam laila. mungkin ada yang kata perangai macam tu masih normal. tapi bagi kami sekeluarga, itu dah obses namanya. sebab tak pernah sekalipun mak saya akan puji cara anak2nya mengemas. pasti ada je yang tak bersih di matanya walaupun kami dah puas mengemas sebersih mungkin (sehingga saya rasakan ISO yang mak saya tetapkan terlampau tinggi). dan kadang2 yang buatkan kami tak tahan, hanya disebabkan kotor sedikit saja (mungkin disebabkan habuk di atas meja) habis satu rumah teruk dimarahnya. mungkin sebagai anak, kita tak patut menyindir ibu atau bapa. tak elok mengguris hati mereka. tapi pernah tak ibu bapa terpikir kadang2 ada kata2 mereka yang menyakitkan hati anak2???“

Ustaz Love tak berhajat nak sentuh lagi pasal cerita obses kebersihan ni.. rasanya dah cukup dah Ustaz Love ulas dalam entry lalu.. Ustaz Love cuma nak ulas part akhir tu je.. wajarkah ibu bapa menyakitkan hati anak2?

Seorang Muslim adalah dilarang menyakiti Muslim yang lain.. tak kira la menyakitinya dari sudut fizikal ke, mental ke.. juga tak kira la sama beliau itu saudara mara ke, kawan2 ke, orang asing ke.. juga kita dilarang menyakiti sesama manusia, haiwan dan tumbuhan tanpa sebab yg dibenarkan syarak.

Jika ibu bapa memang saja2 je nak menyakiti hati anak, sama la situasinya.. itu juga dilarang.. kecuali la kalau ibu bapa tak berniat pun nak sakitkan hati anak, tapi anak tu yg terlalu sensitif.. tegur sikit dah tecit hati.. terus keluar rumah la, masam muka dengan mak ayah la..

Dalam Islam, hak ibu bapa itu lagi besar daripada hak anak2.. maknanya, tahap ibu bapa itu lagi tinggi.. jika seorang anak membunuh bapanya, maka anaknya itu boleh dikenakan hukuman qisas (bunuh balas).. tetapi jika bapa membunuh anaknya, maka bapa itu tak dikenakan hukum qisas.. sbb bapa itu dikira usul (tunjang) keluarga..

Begitu juga dalam bab harta.. anak2 tidak boleh mengambil harta ibu bapa (spt yg banyak berlaku sekarang ni.. harta bapa ditukar nama, kemudian sang bapa dihantar ke rumah orang tua), tetapi bapa boleh mengambil harta anak2nya walaupun tanpa pengetahuan anaknya.. Kiranya untuk bapa ini, hartanya adalah hartanya, harta anaknya juga adalah hartanya.. Ustaz Love tak berhajat nak panjangkan huraian tentang perkara ini.. sekadar nak menunjukkan, bahawa melakukan perbandingan antara anak dan ibu bapa merupakan suatu perbandingan yang salah.

Buat la baik mcm mana pun, ia langsung tak dapat menyamai kebaikan ibu bapa.. Jahat la ibu bapa macam mana pun, ianya tidak menghakis pengorbanan besar yg mereka telah lakukan terhadap anak2.

Jika kita sibuk memikirkan persoalan hati kita, pernahkah kita bayangkan persoalan hati ibu bapa? Kita bukan lahir2 1 2 jam dah boleh berjalan macam anak lembu.. ambil masa berbulan, baru bleh meniarap.. bertahun baru boleh berjalan.. bertahun juga baru bercerai susu dan lampin.. itu pun kerja dok terkencing atas tilam je masa mula2 belajar tak pakai pampers.. Siapa agaknya yg tolong basuhkan berak, cucikan pakaian dan tilam yg terkena najis anak2.. siapkan susu.. tak tido malam sbb anak2 menangis nak susu, nak ajak main dsb? Ibu tak terasa hati pun dengan semua tu, walaupun beliau masih lagi lemah (sbb darah nifas masih keluar), tido tak tentu masa.. semua tu dilakukan dengan penuh kasih sayang.. anak berak pun dikatakan comel.. berapa lama agaknya masa kasih sayang itu berterusan?

Bila kita dah besar sikit (dan sepatutnya menggalas tanggungjawab untuk membantu mengurus rumah), kita selalu sakit hati dengan kata2 ibu dan bapa.. padahal mereka cuma berkata2.. mereka tak kencing kat baju kita.. mereka tak suruh pun kita basuh punggung mereka.. mereka tak kencing merata2 nak buat kita susah nak cuci.. mereka juga tak minta kita suapkan makanan, pakaikan lampin.. tolong buatkan susu tengah malam dsb..

Mereka cuma berkata2 je.. dan kebanyakan kata2 mereka itu memang betul dan kena tepat atas batang hidung kita.. itu yang buat kita tak puas hati.. sampai kita plak terasa nak membalasnya supaya ibu bapa sedar diri.. padahal sepatutnya yg kena sedar diri di sini adalah kita, bukan mereka.. sbb ibu bapa kedudukannya sangat tinggi, dan anak yg bertahap rendah ni tak payah la perasan dah cukup bagus untuk mengecilkan hati mereka.

Kalau bos bagi arahan kat pejabat, cepat je kita buat.. sbb kita sedar ‘tahap’ bos tu kat mana, ‘tahap’ kita ni kat mana.. Tapi kalau ibu bapa yg suruh dan bagi arahan, jangan kata nak buat, kita pertikaikan lagi.. kalau buat pun, dengan muka yg tak puas hati..

Kalau mak marah, apa salahnya kita diam dan dengar.. perangai mak2 memang macam tu.. Kadang2 kita tak tahu apa yg ditanggung oleh mak.. bila rumah tak kemas, mungkin ayah tengok dan marah kat mak.. sbb mak tak pandai nak urus rumah.. kita memang la tak tahu, sbb ayah marah mak dalam bilik.. jadi bila mak marah kita balik, memang padan la sbb yg buat sepah itu adalah kita sendiri.

Tak perlu nak kecik2 hati dengan mak.. jika betul kita sayangkan mak, kasih sayang itu lebih besar daripada rasa kecik hati kita.. mak buat apa pun, insyaAllah kita takkan terasa hati..

Bila mak marah, apa kata terus pergi peluk mak kuat2.. cakap kat mak “i love u”.. insyaAllah, akan terpadam la api kemarahannya.. dan mungkin beliau akan berkata : “Apa kao dah buang tebiat?”.. kihkih



Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.


Ibu bapa mertua dan ibu bapa sendiri adalah sama.. syurga lelaki atau suami ini di bawah tapak kaki ibu... bukan hanya pada ibu sendiri malahan ibu mertua...
(senyum) mengecilkan hati ibu mertua adalah perbuatan yg tidak boleh di maafkan melainkan taubat..kelak nanti syurga nya tidak ada bauan bagi suami mu-

p/s : Doaku...Semoga aku menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat. Aminn ya rabb..


post signature

4 comments:

  1. nice blog, dapat banyak kesedaran pade anak2 mcam sy ;) ..

    ReplyDelete
  2. Hurmm..terima kasih sebab share. Sy baru kena tegur dgn mak tadi and terasa sgt2. Nak tolong kemaskan and manage brg2 dapur kena tegur sbb nak buat time ayah dah balik rumah. Dalam hati sy kata cuma nak tolong mak sbb baru je balik ke rumah.so ingat nak tolong kemas2 and list kan brg2 yg xcukuo kat rumah. Tiba2 mak datang cakap 'kenape skrg time mcm ni depan ayah nak buat camni? Eishh.."..
    Then sy merajuk terus kata "okey, ma buat la sendiri" then masuk bilik.

    Hurm, maybe saya silap,..mungkin ma selalu kena tegur dgn ayah bila dia balik rumah. Tu pasal ma tak suka saya ckp apa2 yg tak cukup kat dapur untuk dibeli. Bimbang ayah salah faham ingat mak tak jalankan tugas sebagai wife agaknya....
    Ok...saya akan assume mcm tu je...huhu..

    Terima kasih sbb share ye.. Rasa lega, lepas doa2 nangis2 td (sbb rasa bersalah cakap mcm tu dkt Ma), and baca Quran and terjumpa pulak posting ni.. terus hilang rasa kecil hati pada Ma..

    ReplyDelete
  3. Hurmm..terima kasih sebab share. Sy baru kena tegur dgn mak tadi and terasa sgt2. Nak tolong kemaskan and manage brg2 dapur kena tegur sbb nak buat time ayah dah balik rumah. Dalam hati sy kata cuma nak tolong mak sbb baru je balik ke rumah.so ingat nak tolong kemas2 and list kan brg2 yg xcukuo kat rumah. Tiba2 mak datang cakap 'kenape skrg time mcm ni depan ayah nak buat camni? Eishh.."..
    Then sy merajuk terus kata "okey, ma buat la sendiri" then masuk bilik.

    Hurm, maybe saya silap,..mungkin ma selalu kena tegur dgn ayah bila dia balik rumah. Tu pasal ma tak suka saya ckp apa2 yg tak cukup kat dapur untuk dibeli. Bimbang ayah salah faham ingat mak tak jalankan tugas sebagai wife agaknya....
    Ok...saya akan assume mcm tu je...huhu..

    Terima kasih sbb share ye.. Rasa lega, lepas doa2 nangis2 td (sbb rasa bersalah cakap mcm tu dkt Ma), and baca Quran and terjumpa pulak posting ni.. terus hilang rasa kecil hati pada Ma..

    ReplyDelete