Sweet Followers

Wednesday, 3 April 2013

IJAZAH ~ PENGALAMAN BARU

Salam semua. 

Sebulan sudah aku kat di sini. Kejap je rasa. Tau-tau dah sebulan. Hahaha. Penat. Tu perkataan pertama yang kerap keluar dari mulut aku semenjak aku kat sini. Hehehe. Penat bukan dari mental je tapi fizikal jugak. Nak tau kenape? Cer try masuk sini even jalan-jalan amek angin pun. Baru la tau sebabnyer. Hehe

Biasa la kalau kite imbas zaman sekolah masa dulu-dulu kan. Mesti kite kata nak sekolah balik. Bila dah habis sekolah, teringin pulak nak sambung belajar, diploma. Bila dah sambung diploma, rindu zaman sekolah pulak. Bila dah habis diploma, nak pulak sambung degree. Bila dah sambung degree, rindu pulak zaman diploma. Hmmm, manusia. Mane nak ingat bersyukur :| 
*conform pening bila baca ayat aku ni. hehe

Nak di jadikan cerita, itulah situasi aku sekarang ni. Hehehe. Okeylah, cerita pasal degree kat puncak alam yang tersergam indah ni tak ada apa sangat la. Cuma minggu pertama masuk sini, biase la kan bila baru nak adapt dengan tempat baru, conform SESAT punya. Bila sesat, siaplah untuk penat. Haha, sebab kat sini sangatlah banyak tangganya. Jalan sikit, TANGGA. Jalan sikit TANGGA. Memang  terbaikkk lah :)

Bertambah stress bila aku dengan member aku ni ada masalah dengan kos. Maksudnya, boleh pulak kitorang ni tak boleh nak daftar kelas sebab semua kelas untuk penerapan diploma ke degree PENUH. Aku sangatlah tak faham kenapa la pengurusan ni bukak kelas takkkk cukup untuk kitorang ni :( Padahal dah tahu intake student berapa kann :(

Lepas turun naik pejabat fakulti dan kredit juga yang banyak habis sebab call pihak pengurusan semua tu, barulah kami boleh daftar. ALHAMDULILLAH :)

Next, macam biasa la life as student. Tak lekang dari quiz, assignment, and presentation. Yeay ! Haha. Kat sini assignment tak de da dateline sebulan. Semua kena siapkan dalam masa SEMINGGU sahaja okey. Bertambah best la kan :)

Bila teringatkan Puan Salina kat UiTM Perak dulu-dulu tu, memang betul cakap dia yang bila masuk degree nanti sangatlah buzy. Quiz, test, assignment and presentation semua dalam satu masa ! 

Walau apa-apa pun, aku tetap bersyukur bila dapat sambung sini. Sebab every weekend aku balik. Hehehe. Tu jelah cara aku nak hilangkan stress :) *Alasan je lebih.. hehe


*sumber gambar : google
Tangga uitm puncak alam untuk menuju ke kolej kediaman. Sangat tinggi sehingga mencecah 200 lebih anak tangga :)
Yang atap merah tu la kolej kami

*sumber gambar : google
sebelah kanan tu la fakulti kami. tinggi tapi ade lif :)



post signature

7 comments:

  1. hahahha . semua org cakap degree susa doo . aku bru nak semak otak kerja . kalau buat degre lagi semak otak aku do . hahaha .

    ReplyDelete
  2. haha, tak payah nak "do" sangat lah kann..hehe
    insyaAllah, cabaran semua tu, think +ve..hehehe
    Ayat nak sedapkan hati je :)

    ReplyDelete
  3. salam. akak, sy nak bertanya skit.. sy dri program pgurusan pejabat dan teknologi. tehee. sy agak berminat dgn course ni utk apply ke degree, tapi entah lah kenapa lecturer sy agak tak mggalakkan student2nya pilih course ni utk degree. katanya course ni takde peluang pekerjaan di government. skopnya kecil. betulkah? sy agak buntu skrg sbb taktahu nak apply apa utk degree. huhu. harap akak bole bantu sy serba sedikit dri segi pandangan.

    ReplyDelete
  4. salam. akak, sy nak bertanya skit.. sy dri program pgurusan pejabat dan teknologi. tehee. sy agak berminat dgn course ni utk apply ke degree, tapi entah lah kenapa lecturer sy agak tak mggalakkan student2nya pilih course ni utk degree. katanya course ni takde peluang pekerjaan di government. skopnya kecil. betulkah? sy agak buntu skrg sbb taktahu nak apply apa utk degree. huhu. harap akak bole bantu sy serba sedikit dri segi pandangan.

    ReplyDelete
  5. salam. sy ingin bertanya serba sedikit. sy agak berminat dgn course ni, dan nak apply jugak course ni. sy dri program diploma pengurusan pejabat dan teknologi, huhu. tapiiii lecturer sy x begitu menggalakkan student2nya tuk apply course ni. katanya peluang pekerjaan kurang, sedikit. betulkah? apa pendapat akak? boleh terangkan serba sedikit? sy agk buntu sbnrnya dlm nk apply ke degree ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. So far, kos ni ok je. Maybe nampak biase je tapi a bit tough jugak. Pasal peluang pekerjaan tu sebenarnyer, bergantung pada rezeki jugak. Sbb kos ni melibatkan sistem dalam pejabat. Agak2 ada tak perniagaan yg takde pengurusan ? Mesti la tak kan. Jadi pasal pekerjaan tu, ada yg sebenarnya. Kalau mmg rasa minat nk smbung kos ni, teruskan. :)

      Delete
    2. er maaf ter-double tanyaaa soalan. ehee.. okay, trimas kak :)

      Delete