Sweet Followers

Thursday 10 November 2011

The Best Holiday at Langkawi Island =)

Salam semua.

Haa, setelah lama tak update blog sebab busy memanjang and ade cikit malaass *hehehe, ni nak kongsi sikit moment yang best time pergi ke Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam , yahooOO.. Untuk pengetahuan juga, aku amek masa yang lama jugak nak coret pasal ni. Nak tunggu mood betul betul ada, baru best kan nak kongsi :)

Aku dengan family mula bertolak dari rumah Isnin, 7 Nov yang lepas. Tapi bukan terus pergi sana. Sebab kitorang singgah rumah kakak aku yang sulung dulu kat Kulim memandangkan tak jauh dari situ. Tapi tujuan utama sebenarnya nak jenguk anak buah aku.. Hehehe

C-pa

Okey, tu la gambar satu satunya anak buah aku, Syifa. So, kami gerak ke Pulau Langkawi keesokan harinya. Sesampai je kat Kuala Perlis, kami cari tempat makan dulu sebelum naik feri kat jeti tu disebabkan waktu tengahari kan, perut pun automatik berbunyi. Hehehe. Tapi agak malang jugak sebab kat kawasan tu banyak kedai makan tutup. Oh, baru ingat mungkin peniaga-peniaga tu masih cuti sempena raya haji kan. Tapi nasib baik kat situ ada KFC :) Kami pun makan la kat situ. 

Selesai makan je, kami cari tempat parking kereta pulak untuk tinggalkan kat situ. Sehari hanya RM 8. Berpatutan jugak la kan. Tepat jam 1:30 petang, kami menaiki feri ke Pulau Langkawi dengan harga RM 18 bagi dewasa.

Bergambar jap kat feri. hehe

Perjalanan feri mengambil masa dalam satu jam. Sampai je kat jeti Pulau Langkawi, kami terus cari kereta sewa. Okeylah jugak dapat kereta Proton Persona. Tapi keadaan kereta tu tak payah nak citer la kan macam mana. Asalkan boleh jalan je da ok. Huhu, tapi seksa jugak lah ! Then, apa lagi, isi minyak kereta lah yang kering kerontang tuhh.. Hehehe

Tempat pertama yang kami tuju setelah selesai isi minyak, mestilah hotel. Untuk check in. Nasib baik lah dah booking seminggu lebih awal. Kalau tak memang tak ada lah yang kosong. Maklumlah, dah nak dekat dengan cuti sekolah kan. Mesti ramai orang nak datang situ jugak untuk melancong. Yang menarik nyer hotel ni ialah dia macam kedai dua tingkat. Atas hotel, bawah tu plak kedai bebas cukai. Depan dia pulak, ada pasar. So, memang senang lah kan nak shopping :)

AZIO HOTEL


Selesai je check in, kami berehat kejap dan solat. Then, kami pun pergi ke Pantai Cenang memandangkan dah petang. Best sangat pemandangan dia. Lagi-lagi bila ada pelancong-pelancong asing yang main motoboat,  banana boat dan macam-macam lagi lah. Kami pon tak lepaskan peluang untuk snap pictures =)

my happy family

so calm

with my younger sister, yaya!


Pantai Cenang

*credit to Alang

Cantik kan pemandangan dia :)

Masuk hari kedua, mesti la kami mau menjelajah ke tiga pulau yang terkenal kat Langkawi ni. Kami naik bot dari jeti tu dengan harga RM 2++ satu bot chattered (privacy). Pengalaman yang agak menarik sebab 1st time kot naik bot. Hehehe.

excited !

Tempat pertama pergi kat situ merupakan pulau yang tercantik kat Pulau Langkawi tu. PULAU BERAS BASAH. Macam pelik kan bunyi dia. Hehehe, tapi bila sampai pulau tu, memang cantikkkk sangat. Air jernih. Pasir lembut macam tepung susu. Hehehe. Betull =)

Beras Basah Island

jernih kan air dia )

Alang


Mummy :)

Own's :)

Lepas tu pulak, kitaorang pergi Fish Feeds. Tempat tu sebenarnya ikan orang bela. Tapi memang ikan laut la. Kat situ, kitaorang boleh kasi makanan kat ikan-ikan kat situ. Hehehe

ikan itam *memandai je, hehe

my dad dengan beraninya nak pegang, eee

Bawal's

Them

Me :)

Then, kitaorang pergi Eagle's Feed pulak. Tempat ni merupakan tempat burung helang makan. Banyak sangat burung helang kat situ sebab dorang kata kat situ lah habibat dia. Kat sini jugak kawasan larangan memancing. Mungkin kalau memancing, ikan kat situ habis la kot, then helang nak makan apa. Hehehe, just gurauan :)





Okay, pulau yang terakhir pergi time tu mestilah PULAU DAYANG BUNTING :) Best sangat ! Dah lama rasa tak masuk hutan. Hehehe, kesian jugak kat parents aku sebab kena mendaki sebelum sampai kat Tasik Dayang Bunting tu. Tapi berbaloi jugak la bila dah sampai kat tasik tersebut. Tapi tak mandi pon sebab malas nak basah kuyup. Hehehe. Jadi, just celup-celup kaki je. Banyak jugak pelancong asing yang datang kat tempat tu. Jom kita tengok gambar dia.








Hehehe:)

Ikan keli *gelliiiii ~~

Eeee, hahaha, dia tak gigit pon.
just langgar-langgar kaki je..

iklan sekejap =,="

sweet family :)

pelancong asing

 Bergerak pulang *candid !

_*_&&_^$$%

Penatnya. Hehehe


Lastly place untuk esok harinya ialah DATARAN LANG. Tempat yang wajib pergi *barangkali.









Ok lah, sampai sini saja corat coret untuk entry ini.

Wassalam guys !



No comments:

Post a Comment