Sweet Followers

Tuesday, 4 October 2011

KELLIRUUU

Ala..

takkan farmasi lagi kot :(

huhu


Monday, 3 October 2011

KERJA OH KERJA ~

Salam.

Rasa macam nak kerja lah time cuti sem ni. Tapi persoalannya, nak kerja apa eh ? Boring jugak kalau memerap je kat rumah ni. Hurm, kalau dapat kerja part time pon jadi lah kan.

Apa apa pun, nak usaha jugak untuk cari kerja tapi bila nak mula entah lah.. Hehee

Wsalam.

Cehhh :)

Sunday, 2 October 2011

THE END OF SEMESTER 3

Salam

Berakhir lah sudah perjuangan untuk semester 3. Seriously, memang terlalu banyak dugaan dalam menghadapi sem ni. Tapi aku bersyukur sangat sebab aku ada kawan yang sentiasa support aku dari belakang. Terima kasih kawan :)

Haa, lepas ni menanti result lah pulak kan.

Harap harap ada lah berita baik nanti ok :)

Aminn.

Wasalam

Saturday, 17 September 2011

KES NOURUL AWATIF = BUNUH DAN BAKAR


Bunuh dan Bakar : Pelajar IPT di Perak ditahan

SHAH ALAM 13 Sept. - Polis menahan seorang pelajar lelaki Institut Pengajian Tinggi di Perak semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat remaja seorang wanita yang tubuhnya 80 peratus terbakar di Lembah Jaya Ampang pada 5 Sept lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata pelajar berusia 19 tahun itu menuntut di tahun dua program Sarjana Muda Juru Ukur Bahan di Seri Iskandar.

"Kita turut merampas telefon bimbit mangsa dan sebuah kereta Perodua Kancil milik keluarga pelajar lelaki itu yang di dalamnya terdapat helaian rambut yang belum dikenal pasti", katanya pada sidang berita di sini.

Tun Hisan berkata, polis juga mengenal pasti dua stesen minyak di Ampang di mana petrol yang dikatakan dibeli untuk membakar mayat remaja itu.

Pelajar lelaki itu ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam di luar kampusnya direman tujuh hari.

Tun Hisan berkata, hasil siasatan awal polis mendapati pelajar lelaki itu yang berasal dari Taman Ukay Perdana, Hulu Kelang, mengenali mangsa yang menetap di Selayang.

Norul Awatif Mohd Shakir, 19, penuntut Maahad Tahfiz At-Tijarah, Selayang, ditemui mati pada 5 September selepas keluar dari rumahnya untuk bertemu rakannya pada 4 September.

Mayat mangsa dicam oleh bapanya berdasarkan kepada maklumat mengenai rantai tangan dan subang emas serta cebisan baju kurung yang dipakai mangsa. - BERNAMA -

Friday, 16 September 2011

TIDAK ADIL ?

SALAM..

Kadang kadang, hidup kita ni tidak adil kan ? Tapi siapa kita nak berkata begitu.. ADIL atau TIDAK ADIL aku kali ini tak bermaksud langsung kepada tuhan ku yang satu, ALLAH.. Tapi antara manusia :(

Entah. Aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Jadi pendendam sejak kebelakangan ni. Reason, still dont know why. Stress? Tenshion ? Hmmm. Mungkin.

Aku sendiri kadang kadang tak tahu macam mana nak berhadapan dengan orang yang tak reti nak balas budi atau erti kata lain, HABIS MADU SEPAH DI BUANG. Kadang kadang aku berfikir dengan mendiamkan diri atau melarikan diri tu adalah jalan yang terbaik. Tapi aku tahu, itu bukan penyelesaiannya !

Kecewa, memang kecewa. Tapi nak buat macam mana, adat manusia :(

Tapi walaupun kau macam tu, aku still sayangkan persahabatan kita. I really really hope that you will aware of your actions and change it because i really love you my friends :(

Luahan Hati ~