Sweet Followers

Thursday 30 June 2011

TAK PERNAH BOSAN DAN JEMU ~



Entah kenapa, bermulanya dari cerita sinetron "Cinta Melody", aku terus jatuh cinta dengan lagu ni. Bagi aku, best sangat sangat dan aku tak pernah bosan dengar lagu ni. Kadang- kadang sampai sempat berangan lagi bila dengar lagu ni. Nampak sangat feel habis kan ? Hehe



Kalau nak tau, sampai roomates aku dah hafal dah lirik dia sebab hari hari aku play lagu ni. Aku pon senyum senyum kambing jela. Sebab tu jugak lah aku tak tukar tukar lagi lagu ni kat blog aku :)

So, mai la layan lagu ni ramai ramai  =)

SALAM..

Friday 24 June 2011

HAPPY WEEK !

SALAM..

Walaupun minggu yang amat memBUSYkan, tapi sempat jugak balik rumah.. Wah, nikmat betul la !

Haaa, ni la tajuk assigment kitorang..
telekomunikasi~


ok la, kerja kumpulan pon da siap walaupun tak seberapa complete.. Tapi thanks la kat Ifa dan Dila yang banyak bagi kerjasama anda :) SAAYYYAAANNGGG korang :)


cantik kan aku snap :P
hehehe

ok la, sampai ni je ye luahan hati yang excited sangat nak balik rumah ni.. Hehe

SALAM

Tuesday 21 June 2011

SUKA DUKA ITU KEHIDUPAN

SALAM..

yes ! memang betul la kan, suka duka itulah yang di katakan kehidupan. Semakin perit kehidupan kita, semakin dekatlah diri kita pada Nya. Kira tak mencabar la kan kalau kehidupan itu sentiasa bahagia je kan. Kita juga akan semakin dewasa dengan mengetahui cara cara nak menyelesaikannya.

Semester tiga adalah semester yang paling mencabar lah rasanya. Mental dan fizikal yang sentiasa kena bersedia sepanjang masa. Sebab lagi tugasan yang perlu dikendalikan dengan kadar segera. Fuhh, memang minggu ni minggu yang memenatkan lah. Tapi tak kesah sangat lah sebab hujung minggu ni dapat balik. Along yang jemput. Best nyer. Kalau nak di kira, setiap dua minggu mesti balik. Hehehe. Bukan apa, ada kesempatan, balik jela. Kalau dah terlalu buzy nanti, susah pulak nak balik rumah.

Berbalik kepada semester tiga tadi, nak kongsi jugak la kat sini antara teman teman yang agak ‘gila gila’ jugak la orang nya. Bukan apa, bermacam macam ragam la dorang ni. Kadang kadang memang asyik tergelak je bila berkawan dengan dorang ni.

Perkenalkan, jeng, jeng, jeng..

comel yang suka buli. Hehe, just kidding..

                   


   Ayin, lenn, bella ~ periang :D


So, terima kasih la ye korang kerana telah berjaya mewarnai hidup aku. Cehh wahh macam ape je kan. Tapi memang best bila aku berkawan dengan korang :D

WSALAM ~

Monday 20 June 2011

FATHER'S DAY DI PERANTAUAN

SALAM..

Kalau di imbas kembali, masa hari ibu yang lepas, aku berada di rumah. Tapi kali ni, hari bapa pulak aku tak ada kat rumah. Ada sedikit kecewa la di situ. Siap ada LDK (Latihan Dalam Kumpulan) yang merangkumi markah kemahiran insaniah aku lagi. Huh, lagi best la kalau ada kat rumah. Mungkin kitorang satu keluarga akan dinner bersama. Tapi, sabar jela.

Rasanya masih belum terlambat kan kalau aku nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA kepada ayah, abah, dad, daddy, papa yang berada di Malaysia terutama ayah aku sendiri Encik Ahmad Fawazi Hj Mat Noor. Terima kasih kerana telah mendidik pika sehingga ke hari ini. Tidak terbalas jasa ayah J. I will promise that i will try my best to get excellent here. And that my promise to you dad ^_^.

gambar lama with dad :)

By the way, aku rasakan LDK kali ni adalah LDK yang paling best aku join. Nak tahu sebab apa? Mungkin antaranya, LDK kitorang berasingan dengan FSPU (Fakulti Seni Perancangan dan Ukur). Sebab lain jugak, aku dapat sama kumpulan dengan Afifah that is my bestie ! Lagi beronok-ronok la aku kan bila sama dengan geng. Hihihi. Sebab lain lagi pulak, aku rasa semua ahli kumpulan aku kali ini kan, sporting habis lah. Walaupun ada la sorang dua tu, over cakap. Tapi nak wat macam mana kan, mungkin dia suka cakap. Yang bertambah-tambah best lagi LDK aku bila majority antara dorang budak OM 114. Lagi meriah la kitorang kan.

gambar hanya sekadar hiasan
*suka gila gambar ni :)

Last but not least, harap harap la markah LDK kitorang kali dapat 4 flat. Aminnn..

WSALAM..

Friday 17 June 2011

ADA KE MANUSIA YANG PERFECT ?

SALAM..

Aku manusia biasa yang tak boleh lari dengan salah silap. Dan aku rasa, begitu juga dengan semua manusia manusia yang sedia ada.

Aku berkata sebegini kerana aku teramat sedih. Sedih yang amat sangat. Kenapa masih ada lagi manusia yang hanya menilai melalui muka. Kalau kata orang tua, diam tanda setuju. Aku pon bersetuju dengan kenyataan itu. Tapi kenapa manusia hari ini hanya menilai bahawa, diam tanda tak suka, diam tanda tak setuju? Common la (bak kata kumpulan JAMBU), ini diri aku. Siapa yang tak kenal aku, mungkin akan kata aku sombong, dan macam macam lagi la.

Tujuan aku tulis macam ni, bukan sebab nak salah kan sesiapa. Tapi mungkin memang aku yang salah. Memang aku yang tak bagi respons time anda semua cakap. Tapi tak bermakna, aku tak setuju. Tolong lah anda anda semua ye, masing masing da besar panjang. Sampai dah masuk universiti pon. Kalau ada apa apa masalah, minta berbincang la eh. Tak baik cakap belakang belakang, apatah lagi menilai orang dengan sebab dia diam dan tak berkata apa apa.

Yes, aku memang agak serious. Tapi tak de lah all the times aku serious kan. Ye, memang aku mengaku yang aku bukan jenis yang bergurau sepanjang masa. Dah memang aku jenis cam gitu, nak wat cam ner.  Aku bukan hipokrit. Dan aku tak kan jadi hipokrit. Itu lah diri aku. Kalau tak suka, aku akan cakap tak suka. Kalau suka aku akan cakap suka.

By the way, terima kasih la aku tujuan khas kepada N**** sebab dan banyak bagi support kat aku. Dan aku tau memang akan ade hikmah di sebalik semua ni. Apa apa pon, CHILL..

SALAM..